KUCHING: Sebanyak 13 acara sukan dipertandingkan pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III yang akan diadakan di Sibu dari 15 hingga 18 Jan depan.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kelayakan atlet menyertai SUKSAR III itu adalah mereka berusia 21 tahun ke bawah serta tidak pernah memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) serta tidak terlibat dalam program pelapis kebangsaan.
"Tujuan sebenar penganjuran SUKSAR III ini adalah sebagai platform mencari atlet berbakat untuk membentuk skuad pelapis SUKMA yang akan berlangsung pada Ogos tahun hadapan.
"Penganjuran SUKSAR juga untuk membantu persatuan kurang aktif dalam penganjuran pertandingan untuk bersiap sedia menghadapi SUKMA kelak," katanya pada sidang media di sini semalam.
Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata selain itu, penganjuran SUKSAR juga bertujuan untuk memperkenalkan sukan teras di seluruh Sarawak mengikut pecahan Zon.
Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian mewakili Zon Selatan; bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei (Zon Barat); bahagian Sibu, Mukah dan Kapit (Zon Tengah) dan Zon Utara gabungan tiga bahagian iaitu Bintulu, Miri dan Limbang.
"Antara acara sukan yang dipertandingkan selama empat hari berlangsung ialah angkat berat, berbasikal, bola keranjang, bola tampar, futsal, hoki, judo, karate, pencak silat, sepak takraw, tinju, taekwondo dan wushu," katanya.
Abdul Karim berkata acara perasmian yang dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Sibu akan dihadiri oleh beliau manakala Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menyempurnakan majlis penutup.
SUKMA 2024 di Sarawak akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Abdul Karim berkata, penganjuran SUKSAR juga bertujuan untuk memperkenalkan sukan teras di seluruh Sarawak mengikut pecahan Zon. - Gambar fail BERNAMA
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
Jangan kaitkan pascasiswazah kardiotoraks UiTM sebagai isu perkauman
Isu program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di Universiti Teknologi Mara, tidak seharusnya dipolemikkan sebagai satu isu politik yang melibatkan perkauman, tegas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, Kementerian ketika ini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara berhubung isu melibatkan empat doktor berkenaan, khusus seorang doktor berbangsa Cina dan India, memandangkan ia melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perubatan 1971.
Beliau berkata, Kementerian ketika ini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara berhubung isu melibatkan empat doktor berkenaan, khusus seorang doktor berbangsa Cina dan India, memandangkan ia melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perubatan 1971.
12 klien AADK lulus SPM
Sebanyak 12 daripada 14 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
Calon Yang DiPertua Dewan Negara telah disenarai pendek - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan senair pendek calon Yang DiPertua Dewan Negara telah dikenalpasti bagi menggantikan penyandangnya Senator Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lalu.
PM mahu hubungan persekutuan dan Sarawak sentiasa baik
Perdana Menteri Datuk Sei Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat bersama kepimpinan tertinggi Sarawak yang antara lain menyentuh mengenai pembangunan di wilayah itu.
Chef Wan dituntut mohon maaf
Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamamman Devasthanam, Datuk Sivakumar menuntut Chef Wan untuk memohon maaf secara terbuka.
13 acara sukan dipertandingkan pada SUKSAR III
Kelayakan atlet menyertai SUKSAR III itu adalah mereka berusia 21 tahun ke bawah serta tidak pernah memenangi pingat emas pada SUKMA.